Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

INFO SIHAT : DEMAM DENGGI

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4). Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya. Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi? Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti: Demam panas Sakit kepala Sakit tulang belakang Sakit sendi-sendi Loya dan muntah-muntah Sakit biji mata Ruam Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan? Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut. Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti: Mudah lebam Pendara