JADUAL KETIGA
AKTA PENGURUSAN STRATA 2013
PERATURAN – PERATURAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN)
2015
(Peraturan – Peraturan 5 dan 28)
UNDANG-UNDANG KECIL
BAHAGIAN 1
PERMULAAN
1.
Pemakaian
(1) Undang-undang kecil yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga ini dan apa-apa undang-undang kecil tambahan yang dibuat di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (“Akta”) hendaklah mengikat pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan, dan pembeli, pemunya petak atau pemilik, dan mana-mana penerima gadaian atau penyerahhak, penerima pajak, penyewa atau penghuni sesuatu petak pada takat yang sama seolah-olah undang-undang kecil atau undang-undang kecil tambahan itu telah ditandatangani atau dimeterai oleh setiap orang atau badan yang dinyatakan di atas dan mengandungi perjanjian bersama untuk memerhati, mematuhi dan melaksanakan semua peruntukan undang-undang kecil atau undang-undang kecil tambahan itu.
(2) Undang-undang kecil ini
hendaklah terpakai kepada mana-mana kawasan pemajuan:
(a) semasa pengurusan oleh pemaju
sebelum badan pengurusan bersama ditubuhkan, di bawah Bab 2 Bahagian IV Akta;
(b) semasa pengurusan badan pengurusan bersama, di bawah Bab 3 Bahagian IV Akta;
(c) semasa pengurusan pemaju sebelum mesyuarat agung tahunan pertama perbadanan pengurusan, di bawah Bab 2 Bahagian V Akta;
(d) semasa pengurusan oleh perbadanan pengurusan selepas mesyuarat agung tahunan pertama perbadanan pengurusan, di bawah Bab 3 Bahagian V Akta; dan
(e) semasa pengurusan perbadanan pengurusan subsidiari selepas penubuhannya berkenaan dengan harta bersama terhad di bawah Bab 4 Bahagian V Akta.
2.
Tafsiran
(1) Bagi tujuan memberikan kesan
kepada subperenggan 1(2) undang-undang kecil ini:
(a) rujukan mengenai “pengurus bangunan / harta bersama JMB / MC” hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan mengenai pemaju (semasa tempoh pengurusan pemaju dan semasa tempoh pengurusan (permulaan), badan pengurusan bersama atau perbadanan pengurusan subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan;
(b) rujukan mengenai “jawatankuasa pengurusan” hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan mengenai jawatankuasa pengurusan bersama atau jawatankuasa pengurusan subsidiari;
(c) rujukan mengenai “pemilik” hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan mengenai pembeli, atau pemunya petak; dan
(d) rujukan mengenai “unit syer” hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan mengenai unit syer yang diumpukkan.
(e)
“penghuni” ertinya orang yang sebenarnya menduduki atau mengawal petak
atau petak tanah, tetapi, dalam hal premis bagi maksud penginapan, tidak
bermaksud penginap;
(2) Dalam undang-undang kecil ini
atau apa-apa undang-undang kecil tambahan yang dibuat di bawah Akta, “bangunan”
ertinya bangunan-bangunan jika lebih dari sebuah, dan termasuk sebahagian
daripada bangunan.
(3) Apa-apa rujukan kepada pembeli,
pemunya petak atau pemilik hendaklah termasuk keluarganya atau mana-mana
pemegang gadaian, penyerahhak, penerima pajak, penyewa, penghuni atau jemputan
petaknya.
(4) “Kontraktor” bermaksud seseorang
yang tekah diambil bekerja oleh seorang Penghuni / Pembeli untuk menjalankan
apa-apa kerja di dalam sebuah unit pangsapurinya atau untuk membaiki atau
menyenggara mana-mana perkakasan atau kelengkapan di dalamnya.
(5)
“Pekerja” bermaksud kakitangan atau wakil JMB / MC.
(6) “Kenderaan” bermaksud kereta, motosikal, lori,
pacuan empat roda, van, lori ringan (1 tan).
BAHAGIAN 2 – PENGURUS BANGUNAN / HARTA BERSAMA JMB / MC
3.
Fungsi pengurus bangunan / harta bersama JMB / MC
Pengurus bangunan / harta bersama JMB / MC hendaklah-
(1) menyenggara dalam keadaan yang baik dan pembaikan yang dapat digunakan, dan, apabila perlu, memperbaharui atau mempertingkatkan, lekapan dan lengkapan, lif, pemasangan, peralatan, alatan dan perkakasan yang sedia wujud dalam kawasan pemajuan dan digunakan atau boleh digunakan atau dinikmati oleh penghuni dua atau lebih petak;
(2) menyenggara, membaiki dan, apabila
perlu, memperbaharui atau mempertingkatkan pembentungan, paip, wayar, kabel dan
saluran yang sedia wujud dalam kawasan pemajuan dan digunakan atau boleh
digunakan atau dinikmati oleh penghuni dua atau lebih petak;
(3) jika terpakai, mewujudkan dan
menyenggara laman dan taman yang sesuai dalam harta bersama;
(4) jika terpakai, mengurus, menyenggara
dan mendapatkan pengendali sesuai untuk mana-mana utiliti, kemudahan dan
perkhidmatan bersama dalam harta bersama, seperti dobi layan diri, kedai serbaneka,
cafeteria, pusat asuhan dan lain-lain, di tahap keselamatan dan kesihatan yang
munasabah untuk kemudahan, keselesaan dan kenikmatan pemilik dan penghuni;
(5) memperbaharui dan
mempertingkatkan harta bersama apabila perlu untuk tujuan mengekal atau menambahkan
nilai pasaran petak-petak dalam kawasan pemajuan itu;
(6) atas permintaan bertulis seorang
pemilik petak dan atas bayaran fi semasa, boleh membekalkan kepada pemilik,
atau kepada mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh pemilik, salinan
semua polisi insurans yang diambil di bawah Akta atau diambil terhadap risiko
lain seperti diarahkan oleh pemilik melalui suatu ketetapan khas, beserta
salinan resit untuk premium terakhir dibayar berkaitan polisi itu;
(7) mengadakan, mengurus dan menyenggara
prosedur pemerolehan wajar dan proses tender secara adil dan telus bagi semua
pembelian, pemerolehan atau pemberian kontrak berkaitan pengurusan dan
penyenggaraan harta bersama;
(8) mengadakan, mengurus dan
menyenggara sistem kawalan kredit yang baik dalam pengutipan fi pengurusan dan
caruman kepada kumpulan wang penjelas dan apa-apa caj lain yang dikenakan
secara sah oleh Pengurus bangunan / harta bersama JMB / MC;
(9) mentadbir dan menguatkuasa
undang-undang kecil ini dan apa-apa undang-undang kecil tambahan yang diperbuat
di bawah Akta; dan
(10) tanpa kelengahan memasukkan ke
dalam daftar strata apa-apa perubahan atau urusniaga yang dimaklumkan oleh
mana-mana pemilik.
4.
Harta bersama untuk faedah bersama
Pengurus bangunan / harta bersama JMB / MC hendaklah mengawal, mengurus dan mentadbir harta bersama bagi faedah semua pemilik dengan syarat bahawa Pengurus bangunan / harta bersama JMB / MC boleh, melalui perjanjian bertulis dengan seseorang pemilik tertentu, memberikan kepadanya untuk suatu tempoh masa ditetapkan, penggunaan dan penikmatan eksklusif bagi sebahagian harta bersama itu atau keistimewaan-keistimewaan khas berkenaan dengan harta bersama itu atau sebahagian daripadanya tertakluk kepada terma dan syarat sesuai yang boleh dinyatakan oleh Pengurus bangunan / harta bersama JMB / MC.
5.
Peruntukan kemudahan atau perkhidmatan
Pengurus bangunan / harta bersama JMB / MC boleh membuat suatu perjanjian dengan seseorang pemilik tertentu bagi peruntukan kemudahan atau perkhidmatan oleh Pengurus bangunan / harta bersama JMB / MC kepada atau berkenaan dengan petaknya.
6. Pemungkir
(1) Bagi tujuan undang-undang kecil ini-
(a) seorang pemungkir ialah seorang pemilik yang belum membayar sepenuhnya Caj atau caruman kepada kumpulan wang penjelas berkaitan petaknya atau lain-lain wang yang dikenakan oleh atau kena dibayar kepada Pengurus bangunan / harta bersama JMB / MC di bawah Akta pada tamat tempoh empat belas hari daripada penerimaan suatu notis daripada Pengurus bangunan / harta bersama JMB / MC; dan
(b) apa-apa sekatan atau tindakan dikenakan terhadap seorang pemungkir hendaklah termasuk keluarganya atau mana-mana pemegang gadaian, penyerah hak, pengganti dalam hakmilik, penerima pajak, penyewa atau penghuni petaknya.
(2) Jika apa-apa jumlah kekal tidak
berbayar pada tamat tempoh empat belas hari seperti dinyatakan dalam
subperenggan 6(1)(a) undang-undang kecil ini, pemilik hendaklah membayar faedah
pada kadar sepuluh peratus setahun atas kiraan harian atau pada kadar yang akan
ditentukan oleh Pengurus bangunan / harta bersama JMB / MC dalam suatu
mesyuarat agung, sehingga tarikh pembayaran sebenar jumlah tertunggak itu.
(3) Pengurus bangunan / harta
bersama JMB / MC boleh menyediakan senarai pemungkir menunjukkan nama-nama
pemilik yang mungkir, petak mereka masing-masing dan jumlah yang kekal tidak
berbayar, dan boleh mempamerkan senarai nama-nama pemungkir pada papan notis di
bangunan tertakluk di mana senarai sedemikian hendaklah dikemaskini oleh Pengurus
bangunan / harta bersama JMB / MC pada hujung tiap-tiap bulan kalendar
seterusnya.
(4) Pengurus bangunan / harta
bersama JMB / MC boleh, pada tamat tempoh empat belas hari yang dinyatakan
dalam subperenggan 6(1)(a) undang-undang kecil ini, dan tanpa notis terdahulu,
menyahaktifkan apa-apa peranti akses elektromagnetik seperti kad, tag atau
“transponder”, yang dikeluarkan kepada pemungkir sehingga masa di mana apa-apa
jumlah yang kekal tidak berbayar berkaitan petaknya telah dibayar sepenuhnya,
yang boleh dikenakan oleh Pengurus bangunan / harta bersama JMB / MC untuk
mengaktifkan semula peranti akses elektromagnetiknya. Semasa tempoh
penyahaktifkan peranti akses elektromagnetiknya, Pengurus bangunan / harta
bersama
JMB / MC boleh memerlukan pemilik
untuk menandatangani dalam buku daftar pemungkir tiap-tiap kali pemungkir
memerlukan apa-apa pertolongan untuk masuk atau keluar dari bangunan atau
kawasan pemajuan.
(5) Pengurus bangunan / harta
bersama JMB / MC boleh menahan atau menggantung pemungkir dari menggunakan
harta bersama atau perkhidmatan bersama disediakan oleh Pengurus bangunan /
harta bersama JMB / MC, termasuk mana-mana ruang parkir dalam harta bersama yang
telah diperuntukkan untuk kegunaan pemungkir.
(6) Pengurus bangunan / harta
bersama JMB / MC boleh memasuki apa-apa skim pembayaran ansuran secara bertulis
dengan pemungkir untuk membolehkan pemungkir melangsaikan jumlah tertunggak
menurut bilangan ansuran itu atau atas terma dan syarat tertentu yang Pengurus
bangunan / harta bersama JMB / MC anggap sesuai dan wajar, termasuk menahan
dari apa-apa tindakan yang dibenarkan bawah subperenggan 6(4) dan (6)(5)
undang-undang kecil ini.
(7) Pengurus bangunan / harta
bersama JMB / MC boleh menerima pembayaran untuk apa-apa jumlah yang tertunggak
oleh pemungkir yang dibuat oleh pemegang gadaian, penyerahhak, pengganti dalam
hakmilik, penerima pajak, penyewa atau penghuninya, dan mana-mana dari orang
itu yang telah membuat pembayaran sedemikian hendaklah dianggap tanpa batal
telah diberi kuasa oleh pemungkir untuk berbuat sedemikian.
7.
Kuasa-kuasa Pengurus bangunan / harta bersama JMB / MC untuk mengenakan denda
(1) Pengurus bangunan / harta bersama JMB / MC boleh melalui suatu ketetapan dalam mesyuarat agung mengenakan fi pada kadar yang akan ditentukan oleh mesyuarat agung itu terhadap mana-mana orang yang melanggar mana-mana undang-undang kecil ini atau undang-undang kecil tambahan yang dibuat di bawah Akta.
(2) Semua fi yang dikenakan di bawah
subperenggan 7(1) undang-undang kecil ini hendaklah menjadi suatu hutang yang
terakru kepada Pengurus bangunan / harta bersama JMB / MC dan atas pembayaran
hendaklah didepositkan dalam akaun penyenggaraan.
(3) Menurut Jadual Ketiga
Peraturan-peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015, Tuan
Punya / pemilik ingkar didapati bersalah dan boleh disabitkan dengan denda
tidak melebihi RM 5,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima ribu sahaja) dan denda
selanjutnya tidak melebihi RM 50.00 (Ringgit Malaysia: Lima puluh sahaja) untuk
setiap hari selama tempoh sumbangan masih tidak di bayar selepas sabitan.
BAHAGIAN 3 – PEMILIK
8.
Kewajipan Am Pemilik
Pemilik hendaklah-
(1) tepat membayar kepada Pengurus bangunan / harta bersama JMB / MC caj dan caruman kepada kumpulan wang penjelas berkaitan petaknya, dan lain-lain wang yang dikenakan oleh atau kena dibayar kepada Pengurus bangunan / harta bersama JMB / MC di bawah Akta;
(2) tepat membayar semua cukai
tanah, cukai harta pihak berkuasa tempatan dan lain-lain caj dan perbelanjaan
yang kena dibayar berkaitan petaknya;
(3) membenarkan Pengurus bangunan /
harta bersama JMB / MC dan penggaji atau ejennya, pada setiap masa yang
munasabah dan dengan notis yang munasabah diberi (kecuali dalam kes kecemasan
apabila tiada notis diperlukan), untuk memasuki petaknya untuk tujuan-
(a) menyiasat kebocoran atau lain-lain kecacatan bangunan;
(b) menyenggara, membaiki, membaharui atau menaik taraf paip, wayar, kabel dan saluran yang digunakan atau boleh digunakan, dengan dinikmati oleh mana-mana petak lain atau harta bersama;
(c) menyenggara, membaiki, membaharui atau menaik taraf harta bersama; dan
(d) melaksanakan apa-apa kerja atau melakukan apa-apa tindakan perlu yang munasabah untuk atau berkaitan dengan pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta atau peraturan-peraturan di bawahnya, atau untuk atau berkaitan penguatkuasaan undang-undang kecil ini atau undang-undang kecil tambahan melibatkan kawasan pemajuan;
(4) dengan kadar segera menjalankan
semua kerja yang diperintahkan oleh mana-mana pihak berkuasa statutori atau
awam yang kompeten berkaitan petaknya selain dari kerja untuk manfaat bangunan
atau harta bersama;
(5) membaiki dan menyenggara
petaknya, termasuk pintu dan tingkap dan menetapkannya dalam keadaan baik,
kelusuhan munasabah, kerosakan akibat kebakaran, ribut, ribut kencang atau
kejadian Tuhan dikecualikan, dan hendaklah menjaga kebersihan semua permukaan
luar kaca di tingkap dan pintu di sempadan petaknya yang bukan harta bersama,
melainkan Pengurus bangunan / harta bersama JMB / MC menetapkan bahawa ia akan
menjaga kebersihan kaca atau bahagian tertentu kaca yang tidak boleh diakses
oleh pemilik dengan selamat atau secara langsung;
(6) menyenggara petaknya termasuk
semua lengkapan kebersihan, perkakasan air, gas, elektrikal dan penghawa dingin
dalam keadaan yang baik supaya tidak menyebabkan apa-apa kebakaran atau letupan
atau apa-apa kebocoran kepada mana-mana petak lain atau harta bersama atas supaya
tidak menyebabkan apa-apa gangguan kepada pemilik-petak-petak lain dalam
kawasan pemajuan;
(7) dengan kadar segera membaiki dan
menyiapkan atas kos dan perbelanjaan sendiri apa-apa kerosakan pada petaknya
jika kerosakan itu dikecualikan di bawah mana-mana polisi insurans yang diambil
oleh Pengurus bangunan / harta bersama JMB / MC dan untuk menjalan dan
menyiapkan pembaikan dalam tempoh masa yang dinyatakan oleh Pengurus bangunan /
harta bersama JMB / MC, atas kegagalan berbuat demikian perbadanan pengurusan
boleh menjalankan pembaikan itu dan kos sedemikian hendaklah dicaj kepada
pemilik dan hendaklah kena dibayar atas tuntutan;
(8) tidak menggunakan atau
membenarkan untuk digunakan petaknya dengan cara atau untuk tujuan yang akan
menyebabkan kacau ganggu atau bahaya kepada mana-mana pemilik lain atau
keluarga pemilik berkenaan dengan;
(9) tidak menggunakan atau
membenarkan unuk digunakan petaknya bertentangan dengan terma kegunaan petak
seperti ditunjukkan dalam pelan diluluskan oleh pihak berkuasa yang relevan;
(10) memaklumkan Pengurus bangunan /
harta bersama JMB / MC dengan kadar segera apa-apa perubahan dalam pemilikan
petaknya atau apa-apa urusniaga, gadaian, pajakan atau pewujudan apa-apa
kepentingan, untuk dimasukkan dalam daftar strata; dan
(11) mengguna dan menikmati harta
bersama dalam cara yang tidak secara munasabah mengganggu kegunaan dan
kenikmatan yang sama oleh pemilik lain.
9.
Larangan am untuk Pemilik
Pemilik hendaklah tidak-
(1) menggunakan petaknya untuk apa-apa tujuan, secara haram atau sebaliknya, yang boleh menjejaskan reputasi kawasan pemajuan;
(2) menggunakan sebagai bahan api,
apa-apa bahan utama atau bahan yang boleh menyebabkan kepulan atau asap atau
bau busuk atau hendaklah tidak menggunakan apa-apa bahan utama yang akan
ditentukan oleh Pengurus bangunan / harta bersama JMB / MC dalam suatu
mesyuarat agung; dan
(3) membuang atau membenarkan untuk
jatuh, apa-apa hubungan atau sampah sarap dalam apa-apa bentuk atas harta
bersama atau mana-mana bahagian daripadanya kecuali dalam tong sampah yang
disenggara olehnya atau ke dalam saluran buangan atau bekas sampah dalam ruang
sampah umum yang disediakan dalam bangunan.
10.
Larangan kacau ganggu
(1) Pemilik hendaklah tidak menggunakan bahasa atau perlakuan dalam bentuk yang mungkin menyebabkan tersinggung atau malu atau kacau ganggu pada mana-mana pemilik lain atau mana-mana orang lain yang menggunakan harta bersama secara sah.
(2) Pemilik hendaklah mengambil
semua langkah munasabah untuk memastikan semua jemputannya, termasuk pelanggan
dan pekerja, tidak berkelakuan dalam cara yang mungkin menyebabkan tersinggung
atau malu atau kacau ganggu pada mana-mana pemilik lain atau mana-mana orang
lain yang menggunakan harta bersama.
(3) Dalam bangunan atau bahagian
bangunan yang digunakan untuk apa-apa tujuan kediaman atau penghunian, bunyi
apa-apa peralatan elektrik dan elektronik, perkakas atau alat, atau apa-apa
alat muzik yang digunakan dalam petak atau harta bersama hendaklah ditetapkan
pada kelantangan rendah selepas 11.00 malam supaya tidak mengganggu istirehat
atau tidur lena pemilik lain melainkan kelulusan bertulis terdahulu untuk
majlis tertentu dan jangkamasa tertentu telah diperolehi dari Pengurus bangunan
/ harta bersama JMB / MC.
(4) Pemilik hendaklah tidak
menggunakan sebagai bahan api apa-apa bahan utama atau bahan atau melakukan
apa-apa dalam petaknya yang boleh menjejaskan kenikmatan aman mana-mana pemilik
lain atau yang boleh mengotorkan atau memudarkan cat luaran petaknya atau petak
lain atau harta bersama.
11.
Rupa, mukaan dan warna luaran petak
Pemilik hendaklah tidak mengubah rupa, kod warna dan mukaan mana-mana bahagian luar petaknya tanpa kelulusan bertulis terdahulu dari Pengurus bangunan / harta bersama JMB / MC dan, di mana perlu, kelulusan pihak berkuasa berkenaan dengannya.
12.
Penyimpanan bahan mudah terbakar dan letupan
(1) Dalam bangunan atau bahagian bangunan yang digunakan bagi apa-apa tujuan kediaman atau tempat tinggal, pemilik hendaklah hanya menggunakan atau menyimpan dalam petaknya apa-apa bahan kimia mudah terbakar, cecair, gas dan lain-lain bahan hanya untuk tujuan domestik atau untuk tangki minyak kenderaan motor atau enjin pembakaran dalam dengan syarat penyimpanan bahan utama atau bahan itu hendaklah tidak melebihi kuantiti munasabah yang diperlukan untuk tujuan domestik.
(2) Tiada apa-apa dalam
undang-undang kecil ini memberi kuasa atau tiada apa-apa dalam undang-undang
kecil tambahan hendaklah membenarkan mana-mana pemilik untuk menggunakan atau
menyimpan dalam petaknya atau harta bersama, apa-apa bahan kimia, cecair, gas
dan bahan mudah terbakar atau mudah meletup yang bertentangan dengan mana-mana
undang-undang bertulis yang mengawal selia penggunaan atau penyimpanan bahan
utama atau bahan sedemikian.
13.
Kawalan makhluk perosak
Pemilik hendaklah mengambil semua langkah perlu untuk mengelakkan petaknya dari infestasi anai-anai, vermin, roden, makhluk perosak dan serangga tertakluk apa-apa jaring yang dipasang hendaklah diluluskan oleh Pengurus bangunan / harta bersama JMB / MC.
14.
Menyimpan haiwan
(1) Dalam bangunan yang digunakan untuk tujuan kediaman atau tempat tinggal, pemilik hendaklah tidak menyimpan apa-apa haiwan tertentu dalam petaknya atau atas harta bersama yang boleh menyebabkan kegusaran atau kacau ganggu kepada pemilik lain atau yang boleh mendatangkan bahaya kepada keselamatan atau kesihatan pemilik lain atau yang bertentangan dengan mana-mana undang-undang atau peraturan dan kaedah-kaedah bertulis pihak berkuasa negeri atau tempatan yang berkenaan.
(2) Pemilik yang mengingkari
subperenggan (14)1 undang-undang kecil ini, hendaklah dalam masa tiga hari
penerimaan suatu notis bertulis dari Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC
mengeluarkan haiwan tersebut dari bangunan. Jika gagal berbuat demikian, Pengurus
Bangunan / Harta Bersama JMB / MC mengambil apa-apa tindakan dianggap perlu
untuk mengeluarkan haiwan itu dari bangunan dan-
(a) semua kos terakru hendaklah dicaj dan dikenakan terhadap pemilik itu, dan
(b) Pengurus bangunan / harta bersama JMB / MC tidak bertanggungan terhadap apa-apa kerosakan pada harta pemilik yang secara munasabah disebabkan oleh proses mengeluarkan haiwan itu.
15.
Mengeringkan jemuran
Dalam bangunan yang digunakan untuk tujuan kediaman atau tempat tinggal, pemilik hendaklah tidak, kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu daripada Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC, menggantung apa-apa basuhan, tuala, cadar, kain baju atau lain-lain pada mana-mana bahagian petaknya secara yang akan melunjur ke luar petak, selain dari di kawasan yang diperuntukkan untuk tujuan sedemikian dan meninggalkannya di situ hanya untuk tempoh yang munasabah.
16.
Pematuhan kepada undang-undang kecil
(1) Tiap-tiap pemilik hendaklah pada tiap-tiap masa mematuhi undang-undang kecil ini atau undang-undang kecil tambahan yang dibuat di bawah Akta.
(2) Pengurus Bangunan / Harta
Bersama JMB / MC boleh menghendaki mana-mana pemilik yang walau diberi amaran,
terus melanggar undang-undang kecil ini atau undang-undang kecil tambahan,
untuk meninggalkan harta bersama serta-merta.
(3) Dalam keadaan perlanggaran mana-mana undang-undang kecil ini atau undang-undang kecil tambahan oleh pemilik, dia hendaklah atas perbelanjaan sendiri serta-merta memulihkan atau membaiki perlanggaran itu yang memuaskan hati Pengurus bangunan / harta bersama JMB / MC.
(4) Jika mana-mana pembaikan menjadi
perlu oleh sebab apa-apa perbuatan sengaja atau cuai atau ketinggalan oleh,
atau perlanggaran mana-mana undang-undang kecil ini atau undang-undang kecil
tambahan oleh pemilik, kos terakru oleh Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB /
MC untuk melaksanakan pembaikan hendaklah menjadi hutang yang tertanggung
kepada Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC dan hendaklah menjadi boleh
dituntut dari pemilik itu oleh Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC.
(5) Pemilik hendaklah tidak
dilepaskan dari apa-apa liabiliti yang boleh tertanggung atau dialami atas
sebab apa-apa kegagalan di pihaknya untuk menghormati dan mematuhi
undang-undang kecil ini atau undang-undang kecil tambahan.
BAHAGIAN 4 - HARTA BERSAMA
17.
Pengenalpastian
(1) Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC boleh memerlukan mana-mana orang atas harta bersama untuk mengenalkan dirinya untuk tujuan keselamatan.
(2) Pengurus Bangunan / Harta
Bersama JMB / MC boleh menghendaki mana-mana orang yang enggan mematuhi
perenggan 17(1) undang-undang kecil ini dan yang bukan seorang pemilik untuk
keluar dari harta bersama atau kawasan pemajuan serta-merta.
18.
Peralatan melawan kebakaran
(1) Pemilik hendaklah tidak mengalih atau mengganggu mana-mana peralatan kebakaran yang dipasang dalam bangunan atau harta bersama.
(2) Pemilik hendaklah tidak
melakukan apa-apa dalam petaknya atau atas harta bersama yang berkemungkinan
akan-
(a) menjejaskan operasi mana-mana pemasangan, peralatan atau peranti keselamatan, atau merendahkan tahap keselamatan kebakaran dalam bangunan atau harta bersama; atau
(b) menimbulkan risiko atau bahaya kepada mana-mana pemilik lain dalam bangunan atau mana-mana orang yang secara sah menggunakan harta bersama.
(3) Pemilik hendaklah tidak
meninggalkan tanpa perhatian apa-apa dapur, api atau perkakas pemanasan yang
boleh menyebabkan kebakaran pada bangunan akibat kepanasan melampau dapur atau
perkakas pemanasan itu.
19.
Notis dan petunjuk
Pemilik hendaklah mematuhi dan patuh dengan semua notis dan petunjuk yang dinaikkan atau dipasang oleh Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC dalam harta bersama, dan tiada pemilik boleh mengalih atau merosakkan mana-mana notis dan petunjuk itu.
20. Larangan membuat halangan
(1) Semua laluan kecemasan kebakaran, termasuk tetapi tidak terhad kepada, tangga, pelantar dan laluan dalam bangunan atau harta bersama hendaklah tidak dihalang oleh pemilik pada bila-bila masa.
(2) Pengurus Bangunan / Harta
Bersama JMB / MC boleh tanpa notis terdahulu, mengalih atau merampas apa-apa
harta pemilik, termasuk tetapi tidak terhad kepada, basikal, tumbuhan berpasu,
bikar, perabut, kerusi, meja, gerai, kotak, barang atau objek dalam apa-apa
bentuk sekalipun. Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC boleh menaikkan
notis berkaitan apa-apa harta yang dialih atau dirampas yang boleh dituntut
oleh pemilik dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh notis tertakluk
kepada pembayaran kepada Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC suatu fi
tidak melebihi dua ratus ringgit. Jika harta yang dialih atau dirampas
itu tidak dituntut pada tamat tempoh
empat belas (14) hari, Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC boleh
membuang atau melupuskan harta itu secara yang difikirkan wajar tanpa apa-apa
liabiliti kepada pemilik.
(3) Tiada kegiatan tanpa kebenaran
dibenarkan dalam harta bersama. Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC boleh
menafikan kebenaran apa-apa kegiatan yang, pada pendapat Pengurus Bangunan /
Harta Bersama JMB / MC boleh menimbulkan bahaya atau kacau ganggu kepada
pemilik lain.
21.
Taman, laman dan tumbuhan berpasu
(1) Pemilik hendaklah tidak merosakkan mana-mana laman, taman, pokok, rimbunan, tumbuhan, atau bunga-bungaan dalam harta bersama.
(2) Pemilik hendaklah tidak
menggunakan mana-mana bahagian harta bersama untuk tujuan taman sendiri,
kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu dari Pengurus Bangunan / Harta
Bersama JMB / MC.
(3) Laman, taman, pokok, rimbunan,
tumbuhan atau bunga-bungaan dalam harta bersama adalah untuk kenikmatan pemilik
dan meningkatkan nilai estetik bangunan dan tiada orang boleh mengalih
mana-mana tumbuhan atau tanaman dalam harta bersama kecuali dengan kelulusan
bertulis terdahulu dari Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC.
(4) Apa-apa tumbuhan berpasu atau bunga-bungaan dalam petak hendaklah diletakkan dalam bekas sesuai untuk mengelakkan titisan air atau tanah ke atas petak bersebelahan atau harta bersama dan bekas ini hendaklah selalu dikosongkan dari air atau dirawat untuk mengelakkan pembiakan nyamuk.
(5) Pemilik hendaklah memastikan
mana-mana tumbuhan berpasu atau bunga-bungaan atau lain-lain objek pepejal yang
diletak, digantung atau dipamerkan di keliling petaknya hendaklah tidak jatuh
dari petak atau menyebabkan apa-apa kecederaan atau kerosakan pada pemilik
petak yang lain atau harta bersama.
22.
Pencerobohan atas harta bersama dan petak lain
(1) Pemilik hendaklah tidak membuat apa-apa ke atas petaknya yang boleh menceroboh mana-mana bahagian harta bersama atau petak lain.
(2) Pemilik hendaklah tidak menanda,
mengecat, menaikkan poster atau kain rentang atau notis, memaku atau menskru,
atau memasang sangga atau seumpamanya ke dalam, atau sebaliknya merosakkan atau
mencacatkan, mana-mana bahagian harta bersama kecuali dengan kelulusan bertulis
terdahulu dari Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC. Kelulusan diberi
oleh Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC hendaklah tidak memberi kuasa
untuk apa-apa penambahan kepada harta bersama.
(3) Mana-mana orang adalah dilarang
dari meletak sebarang halangan atau menyebabkan berlaku halangan di kawasan
parkir kereta sehingga menghalang pengguna lain dari meletak kereta di parkir
tersebut tanpa orang tersebut mendapat apa-apa lesen atau kebenaran dari pihak
berkuasa tempatan.
(4) Pemilik hendaklah tidak
meninggalkan atau menyimpan apa-apa kepunyaan peribadi seperti kasut, tumbuhan
berpasu dan bunga-bungaan, kabinet, rak, kenderaan dan seumpamanya atas harta
bersama kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu dari Pengurus Bangunan /
Harta Bersama JMB / MC.
23.
Alatan, lekapan dan lengkapan
(1) Semua lekapan dan lengkapan,
peranti, peralatan dan pemasangan atas harta bersama termasuk troli, pemasangan
lampu, mesin perakam waktu, penutup pintu, pembaca kad, kamera CCTV, pengesan asap,
alat pemadam api, gelung basah dan nozel, penggera pecah kaca, selusur
keselamatan dan tong sampah adalah disediakan untuk keselamatan dan kemudahan
semua pemilik dan hendaklah tidak disalah guna, dialih, diubah kedudukan,
diganggu, dimusnahkan atau dirosakkan oleh mana-mana orang.
24.
Kanak-kanak bermain di harta bersama
Dalam bangunan yang digunakan untuk tujuan kediaman atau tempat tinggal, pemilik hendaklah mengambil semua langkah munasabah untuk memastikan mana-mana kanak-kanak di bawah kawalannya, apabila bermain di harta bersama atau apa-apa kemudahan di atasnya, hendaklah tidak menyebabkan apa-apa bahaya kepada mereka atau menyebabkan apa-apa vandalisme atau kerosakan kepada harta bersama atau menimbulkan bunyi bising atau kacau ganggu yang boleh menggugat kenikmatan aman oleh pemilik lain.
BAHAGIAN 5 – KENDERAAN
25.
Kenderaan
(1) Tiap-tiap kenderaan hendaklah diparkir di ruang parkir yang diperuntukkan secara wajar tanpa menyebabkan apa-apa halangan kepada mana-mana kenderaan bersebelahan atau laluan trafik. Kenderaan yang diparkir secara tidak wajar boleh ditunda atau dikunci tayar oleh Pengurusan Bangunan / Harta Bersama JMB / MC, atas kos pemilik kenderaan tanpa notis terdahulu, dan dalam hal sedemikian-
(a) kunci tayar hanya akan ditanggalkan selepas pembayaran kepada Pengurusan Bangunan / Harta Bersama JMB / MC fi tidak melebihi dua ratus ringgit, beserta apa-apa kos tunda dan fi penyimpanan yang sebenarnya terakru oleh Pengurusan Bangunan / Harta Bersama JMB / MC; dan;
(b) Pengurusan Bangunan / Harta Bersama JMB / MC tidak akan bertanggungan terhadap apa-apa kerosakan atau kehilangan akibat dari kenderaan itu ditunda atau dikunci tayar.
(2) Apa-apa kenderaan tanpa
kebenaran diparkir di harta bersama atau mana-mana kenderaan diparkir di luar
ruang parkir yang diperuntukkan atau mana-mana ruang parkir diperuntukkan untuk
pemilik lain, boleh ditunda atau dikunci tayar oleh Pengurusan Bangunan / Harta
Bersama JMB / MC, atas kos pemilik kenderaan tanpa notis terdahulu, dan dalam
hal sedemikian-
(a) kunci tayar hanya akan ditanggalkan selepas pembayaran kepada Pengurusan Bangunan / Harta Bersama JMB / MC suatu fi oleh tidak melebihi lima puluh ringgit, beserta apa-apa kos tunda dan fi penyimpanan yang sebenarnya terakru oleh Pengurusan Bangunan / Harta Bersama JMB / MC; dan
(b) Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC tidak akan bertanggungan terhadap apa-apa kerosakan atau kehilangan akibat dari kenderaan itu ditunda atau dikunci tayar.
(3) Pembaikan besar tidak boleh
dilakukan oleh mana-mana orang ke atas mana-mana kenderaan yang diparkir dalam
kawasan pemajuan dan untuk tujuan ini, “pembaikan besar” ertinya kerja
pembaikan yang melibatkan bising melampau, asap, tumpahan minyak, penggunaan
blok rantai atau lain-lain cara atau peralatan mengangkat berat besar.
(4) Pembinaan atau struktur tambahan
dalam apa-apa bentuk tidak boleh dinaikkan atas ruang parkir dalam kawasan
pemajuan tanpa kelulusan bertulis terdahulu daripada Pengurusan Bangunan /
Harta Bersama JMB / MC.
(5) Mana-mana orang yang menggunakan
parkir kenderaan dalam kawasan bersama hendaklah memastikan beliau tidak
meninggalkan apa-apa peralatan, alat ganti, bahan yang dibuang, kekotoran dan
sampah di kawasan parkir kenderaan. Pengurusan Bangunan / Harta Bersama JMB /
MC boleh mengalih dan melupus barang-barang itu tanpa notis terdahulu dan tidak
akan bertanggungan terhadap apa-apa kerosakan atau kehilangan berkaitan
barang-barang itu, dan kos terakru dalam berbuat demikian hendaklah ditanggung
dan dibayar oleh orang berkenaan dengan atas tuntutan.
(6) Semua kenderaan hendaklah
dipandu dengan cermat dan selamat dalam kawasan pemajuan. Kelajuan memandu
tidak boleh melebihi 15 km/j di dalam kawasan Premis.
(7) Mana-mana pemilik kenderaan
kepada kenderaan yang diparkir dalam kawasan pemajuan hendaklah memastikan alat
penggera kenderaan disenggara dengan baik supaya tidak selalu berlaku
penggeraan palsu menyebabkan kacau ganggu dan kegusaran kepada pemilik lain.
Jika penggeraan palsu selalu berlaku menyebabkan kacau ganggu dan kegusaran
kepada pemilik lain, Pengurusan Bangunan / Harta Bersama JMB / MC boleh
menghalang kenderaan itu dari memasuki kawasan pemajuan untuk suatu tempoh dan
atas terma yang Pengurusan Bangunan / Harta Bersama JMB / MC anggap sesuai dan
wajar.
(8)
Kenderaan terbengkalai, rosak, tidak digunakan dan lain-lain tidak boleh
di biarkan di ruang parkir yang diperuntukkan ke atas unit masing-masing. Pengurusan
Bangunan / Harta Bersama JMB / MC berhak memutuskan untuk kenderaan tersebut di
alihkan dan segala kos perlu ditanggung oleh Pemilik kenderaan atau petak
parkir.
(9)
Pemilik perlu mendaftar butiran maklumat kenderaan mereka dengan Pengurusan
Bangunan / Harta Bersama JMB / MC perlu mendapatkan pelekat kenderaan dan
bayaran boleh dikenakan sebanyak RM10.00, tidak boleh dipindah milik dan perlu
diperbaharui setiap awal tahun.
(10) Kenderaan dan barangan yang
ditinggalkan dalam kawasan letak kereta / petak parkir adalah tanggung jawab
pemilik kenderaan atau barangan tersebut.
(11)
Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC tidak boleh
dipertanggunjawabkan atas sebarang tuntutan, kerosakan, kecurian atau
kehilangan kenderaan atau barangan tersebut.
(12) Pemilik tidak boleh menaikkan
bangunan atau struktur di ruang letak kereta atau tempat lain sama ada buat
sementara waktu atau sebaliknya.
(13) Penghuni tidak dibenarkan
meletak kenderaan di dalam petak parkir yang telah dikhaskan untuk pemilik.
(14) Petak parkir yang disediakan
terhad bagi kereta penumpang dan pemilik atau penghuni tidak boleh meletak
sebarang bas, lori lebih dari satu (1) tan atau kenderaan berat lain di petak
parkir atau mana-mana kawasan Harta Bersama.
(15) Amaran akan diberikan kepada
kenderaan yang memandu secara berbahaya atau melawan arus laluan trafik di
dalam kawasan Premis.
(16) Pengurus Bangunan / Harta
Bersama JMB / MC boleh mengenakan hukuman atau denda tambahan terhadap pemilik
atau penghuni yang gagal mematuhi terma dan syarat ini.
26.
Ruang letak kenderaan bagi pelawat
(1) Pihak Pengurus Bangunan / Harta Bersama
JMB / MC telah menyediakan sebanyak sembilan (9) unit ruang letak kenderaan
bagi pelawat.
(2) Pemilik yang ingin menggunakan
ruang tersebut untuk penghuni masing-masing perlu memaklumkan Pengurus Bangunan
/ Harta Bersama JMB / MC sekurang-kurangnya tujuh (7) hari secara bertulis
sebelum tarikh penggunaan.
(3) Kegunaan bagi ruang letak
kenderaan bagi pelawat hanya dibenarkan maksimum selama dua (2) hari. Untuk
penyambungan perlu mendapatkan kebenaran semula dari Pengurus Bangunan / Harta
Bersama JMB / MC.
(4) Hanya unit yang membayar wang
penyenggaraan dan wang pelepas sehingga bulan terkini yang layak memohon bagi
ruang letak pelawat.
(5) Sekiranya kenderaan diletakkan
untuk tempoh satu (1) malam, kenderaan hanya dibenarkan di letak tidak lebih
dari dua belas (12) jam, dari tempoh kenderaan masuk.
(6) Lebih tempoh dua (2) hari atau
dua belas (12) jam, kenderaan tersebut akan dikunci tayar dan fi sebanyak
RM50.00 boleh dikenakan bagi membuka kunci tayar tersebut.
(7) Kenderaan kontraktor tidak di
benarkan meletak kenderaan di tempat parkir pelawat.
27.
Ruang letak motosikal
(1) Motosikal MESTI diletak HANYA di
kawasan yang ditetapkan oleh Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC dan
ianya adalah di bawah tanggungjawab pemilik motosikal.
(2) Pemilik perlu mendaftar butiran
maklumat motosikal mereka dengan Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC.
Apabila mendaftar dan membayar RM5.00 atau mengikut kadar semasa, pelekat
tersebut tidak boleh dipindah milik dan kehilangan pelekat boleh dikenakan fi
sebanyak RM10.00 bagi penggantian.
(3) Hanya motosikal yang mempamerkan
pelekat tersebut dibenarkan masuk dan meletak motosikal di tempat yang
disediakan.
(4) Motosikal usang atau lusuh tidak
boleh dibiarkan di ruang letak motosikal. Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB
/ MC berhak memutuskan untuk motosikal tersebut di alihkan dan segala kos yang
terlibat perlu di tanggung oleh pemilik.
(5) Setiap unit hanya di benarkan
mengambil tiga (3) pelekat motosikal.
BAHAGIAN 6 – BERPINDAH
28. Berpindah
(1) Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC
hendaklah dimaklumkan selewat-lewatnya tujuh puluh dua (72) jam sebelum
berpindah masuk atau keluar. Borang perlu diisi sebagai langkah keselamatan dan
perlu mendapatkan kelulusan tiga (3) hari lebih awal.
(2) Deposit boleh di bayar balik sebanyak RM
250.00 akan dikenakan dan sekiranya pemilik melanggar peraturan berpindah
deposit tersebut akan digunakan bagi menanggung kos yang terlibat untuk
membaiki / membetulkan sebarang kerosakan dan / atau membuang sebarang
serpihan, sampah, buangan yang mungkin terjadi semasa berpindah.
(3) Hanya lif barang yang boleh digunakan untuk
mengangkut barang di bawah pengawasan pemilik dan perlu memastikan perabot atau
barang besar tidak melebihi muatan lif.
(4) Waktu
yang dibenarkan :
9.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin –
Jumaat)
9.00 pagi hingga 3.00 petang (Sabtu)
Ahad &
Cuti Umum adalah dilarang.
(5) Pemilik
atau penghuni perlu memunggah naik dan menurunkan barang di kawasan yang
ditetapkan. Kenderaan melebihi sepuluh (10) tan tidak dibenarkan masuk kawasan.
BAHAGIAN 7 – PENGHUNI / PELAWAT
29.Penghuni / Pelawat
(1) Penghuni
/ Pelawat kepada pemilik perlu memberikan maklumat peribadi secara lengkap kepada
pengawal keselamatan sebelum di benarkan masuk ke kawasan Harta Bersama.
(2) Untuk
memastikan laluan lancar, pemilik boleh memaklumkan butiran Penghuni / Pelawat
kepada pengawal keselamatan sebelum Penghuni / Pelawat dijangka tiba.
(3) Pemilik
hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Penghuni / Pelawat mereka
mematuhi Peraturan Dalaman pada setiap masa dan tingkah laku tidak menganggu
pemilik yang lain.
(4) Pemilik
adalah bertanggungjawab terhadap kerosakan yang di sebabkan oleh Penghuni /
Pelawat dan sebarang kecedaraan yang mungkin berlaku juga di bawah
tanggungjawab pemilik.
(5) Pengurus
Bangunan / Harta Bersama JMB / MC berhak
meminta mana-mana Penghuni / Pelawat untuk meninggalkan kawasan Harta Bersama
dengan segera sekiranya Penghuni / Pelawat menyebabkan kekacauan dan
berkelakuan yang menganggu.
BAHAGIAN 8 – MENGAMBIL DAN MENURUNKAN PEMILIK /PENGHUNI / PELAWAT
30. Mengambil dan menurunkan pemilik /penghuni / pelawat
(1) Pemilik
/ Penghuni / Pelawat bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada ahli keluarga /
rakan masa akhir untuk mengambil atau menurunkan Pemilik / Penghuni / Pelawat pada
jam 1100 malam.
(2) Selepas
masa yang ditetapkan, semua kenderaan keluar masuk bagi tujuan mengambil atau
menurunkan penumpang hanya dihadkan sehingga pos pengawal.
(3)
Pengecualian boleh diberikan kepada orang tua, orang kurang upaya (OKU), wanita
mengandung dan kanak-kanak.
(4) Pemilik
/ Penghuni / Pelawat dikehendaki memberikan kerjasama penuh kepada pengawal
keselamatan.
BAHAGIAN 9 – KESELAMATAN
31. Keselamatan
(1)
Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC telah melantik syarikat keselamatan
bagi memberi perlindungan dua puluh empat jam (24) di kawasan Harta Bersama.
(2)
Pengawal keselamatan perlu membuat rondaan berdasarkan clocking system dan perlu bertanggungjawab terhadap kawasan harta
bersama sahaja.
(3)
Pengawal keselamatan perlu mengawal pergerakan lalu lintas serta kemasukan
pemilik, pelawat, kontraktor dan / atau mana-mana individu.
(4) Pengawal
keselamatan boleh meminta pemilik, pelawat atau individu di dalam kawasan
bersama untuk memperkenalkan diri sebagai langkah keselamatan.
(5) Pemilik
atau pelawat perlu memberikan kerjasama penuh bagi membolehkan pengawal
keselamatan menjalankan tugas dengan berkesan.
BAHAGIAN 10 – PENGGUNAAN PEKERJA DAN ATAU WAKIL PENGURUSAN
32. Penggunaan pekerja dan atau wakil pengurusan
(1) Pemilik tidak
boleh menggunakan khidmat mana-mana pekerja pemaju dan/atau Pengurus
Bangunan / Harta Bersama JMB / MC tanpa
kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak pengurusan Pengurus Bangunan
Harta Bersama JMB/MC.
(2) Mana-mana
pemilik tidak dibenar menggunakan pekerja pihak Pengurus Bangunan
/ Harta Bersama JMB / MC bagi urusan peribadi atau suruhan. Pekerja pengurusan dan penyelenggaraan
hanya boleh terlibat
dalam kegiatan penduduk dengan kebenaran komuniti yang dilantik di dalam
Mesyuarat Agung.
(3) Pengawal
keselamatan dan penyelengaraan tidak dibenar menerima penghantaran bungkusan
dsb atau menjalankan sebarang kerja persendirian untuk pemilik melainkan
mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Pengurus Bangunan/ Harta
Bersama JMB / MC.
(4) Tip, hadiah atau
ganjaran tidak boleh ditawarkan kepada mana-mana agen / pemaju dan / atau
Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC.
BAHAGIAN 11 – PARTI DAN MAJLIS
33. Parti dan majlis
(1) Pemilik
yang berhasrat untuk menggunakan mana-mana kawasan bersama yang ditetapkan
untuk majlis persendirian perlu membuat permohonan rasmi (bertulis) kepada
Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC.
(2) Fi boleh
dikenakan sebanyak RM 250.00 dan deposit RM 100.00 bagi penggunaan dua belas
(12) jam.
(3)
Kemudahan atau kawasan majlis yang ditetapkan boleh digunakan berdasarkan budi
bicara pihak Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC.
BAHAGIAN 12 – MENDAPATKAN LANGGANAN BARANG DAN PERKHIDMATAN
34. Mendapatkan langganan barang dan perkhidmatan
(1)
Sebarang langganan barang dan perkhidmatan atau sebarang bentuk tinjauan,
pengagihan risalah, lembar iklan, di dalam kawasan harta bersama perlu
mendapatkan kebenaran pihak Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC.
BAHAGIAN 13 – PENGKEBUMIAN DAN PERKABUNGAN
35. Pengkebumian dan perkabungan
(1) Pemilik tidak dibenarkan mengadakan urusan
pengkebumian dan perkabungan dalam unit atau mana-mana kawasan harta bersama
bagi menghormati privasi pemilik yang lain melainkan atas budi bicara pihak
Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC.
(2) Usul
telah dibawa pada Mesyuarat Agung kali ke-3 tanpa bantahan dari mana-mana pihak
dan telah diluluskan oleh pihak Pesuruhjaya Bangunan (COB).
BAHAGIAN 14 – PEMASANGAN ALAT PENGHAWA DINGIN
36. Pemasangan alat penghawa dingin
(1) Pemilik
perlu mengisi borang permohonan di pejabat Pengurus Bangunan / Harta Bersama
JMB / MC sebelum pemasangan dilakukan selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum.
(2) Fi
boleh dikenakan sebanyak RM50.00 bagi setiap pemasangan untuk menampung
sebarang kos dalam kerja-kerja pembersihan yang diperlukan selepas pemasangan.
(3)
Sebarang kerosakan atau kecuaian yang belaku semasa kerja-kerja tersebut adalah
di bawah tanggunggan pemilik dan kontraktor yang dilantik.
(4)
Pemasangan penghawa dingin jenis split
unit sahaja dibenarkan dengan syarat kompressor mesti dipasang mengikut
kedudukan yang ditetapkan oleh pihak Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB /
MC.
(5) Saluran
air keluar perlu dipasang ke dalam balkoni / dalam unit dan tidak dibiarkan air
menitik ke atas unit lain atau di kawasan Harta Bersama.
(6)
Kompressor juga perlu diletakkan di dalam balkoni bagi mengelakkan sebarang
malapetaka akibat kecuaian atau lain-lain.
(7) Fi
boleh dikenakan sebanyak RM100.00 sekiranya pemilik gagal mematuhi peraturan
pemasangan.
(8) Waktu yang dibenarkan :-
9.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin –
Jumaat)
9.00 pagi hingga 1.00 t/hari (Sabtu)
Ahad &
Cuti Umum adalah dilarang.
BAHAGIAN 15 – PEMASANGAN ASTRO / TM
37. Pemasangan Astro / TM
(1) Pemilik
perlu mendapatkan borang dari pejabat Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB /
MC untuk mendapatkan kebenaran sebelum pemasangan dilakukan selewat-lewatnya
tiga (3) hari sebelum.
(2) Fi
boleh dikenakan sebanyak RM50.00 bagi setiap pemasangan untuk menampung
sebarang kos yang terlibat seperti pembersihan selepas pemasangan.
(3)
Sebarang kerosakan atau kecuaian yang berlaku ketika kerja pemasangan adalah
dibawah tanggungan pemilik dan kontraktor.
(4) Mengikut waktu yang dibenarkan:
9.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin –
Jumaat)
9.00 pagi hingga 1.00 t/hari (Sabtu)
Ahad &
Cuti Umum adalah dilarang.
BAHAGIAN 16 - PELUPUSAN SISA PEPEJAL
38.
Pelupusan sisa pepejal
(1) Pemilik hendaklah tidak menyebabkan apa-apa pengumpulan yang mengganggu pemandangan melibatkan tanah, sampah, bahan buangan atau serpihan dalam petak dan petak aksesorinya yang boleh kelihatan dari luar dan memberi kesan kepada rupa dan mukaan bangunan atau harta bersama.
(2) Pemilik hendaklah tidak meletak
atau membuang atas harta bersama apa-apa sampah, tanah, habuk atau bahan lain
atau barang terbuang kecuali di tempat yang telah diperuntukkan untuk maksud
itu oleh Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC.
(3) Pemilik hendaklah memastikan
apa-apa sampah sarap dari petaknya dibuang dengan sempurna ke dalam tong sampah
di ruang sampah bersama yang diperuntukkan dalam bangunan atau kawasan
pemajuan. Apa-apa tumpahan dari sampah sarapnya hendaklah segera dialih dan dibersihkan
oleh pemilik.
(4) Dalam membuang sampah sarap,
pemilik hendaklah memastikan sampah sarap diikat sempurna dan apa-apa bahan
atau buangan kitar semula diasingkan dan disiapkan menurut garis panduan kitar
semula yang terpakai dan tidak di biarkan di dalam lif atau kawasan harta
bersama.
(5) Objek besar, lebar atau berat
hendaklah tidak dibuang oleh pemilik di mana-mana tong sampah atau ruang sampah
bersama dan barang sedemikian hendaklah dikeluarkan dari bangunan atau harta
bersama oleh pemilik melainkan ada kemudahan diperuntukkan dalam kawasan
pemajuan diluluskan oleh Pengurus bangunan / harta bersama JMB / MC untuk
tujuan ini.
(6) Pemilik hendaklah tidak-
(a) melupuskan sampah ke dalam mana-mana sinki, tadahan air, lurang atau longkang, atau membenarkan apa-apa dibuat yang akan menyebabkan sistem pembentungan dan perparitan tersumbat atau tersekat;
(b) membenarkan apa-apa objek, buangan atau sampah dalam apa-apa bentuk dibuang atau dihanyutkan atau dikosongkan melalui mana-mana tingkap luar atau pintu sesebuah petak, atau ditinggalkan di mana-mana koridor, lobi, lif, pelantar, laluan tangga, bawah peti surat, tempat letak kereta atau mana-mana bahagian lain harta bersama;
(c) menyimpan atau membuang atau membiarkan jatuh ke atas petak lain atau harta bersama atau apa-apa sampah, tanah, habuk atau bahan atau barang terbuang;
(d) melupuskan apa-apa objek ke dalam mana-mana saluran yang boleh menyekat laluan jatuh sampah dalam saluran dan menyebabkan ia tersumbat; dan
(e) membuang puntung rokok hidup ke dalam mana-mana bekas sampah
BAHAGIAN 17 –
PENGUBAHSUAIAN
39.
Kerja pengubahsuaian dan pembaikan
(1) Pemilik hendaklah tidak menjalankan apa-apa kerja pengubahsuaian kepada petaknya tanpa mula-mula mendapatkan kelulusan dengan mengisi borang dari Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC dan, apabila perlu, dari pihak berkuasa berkenaan. Pemilik yang tiada tunggakan bagi wang penyenggaraan sahaja dibenarkan melakukan pengubahsuaian.
(2) Dalam memberikan kelulusan untuk
apa-apa kerja pengubahsuaian, Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC boleh
memerlukan pemilik untuk meletakkan suatu jumlah dengan Pengurus Bangunan /
Harta Bersama JMB / MC sebagai deposit untuk pematuhan undang-undang kecil ini
atau undang-undang kecil tambahan berkaitan kerja pengubahsuaian itu dan
mungkin memerlukan kerja pengubahsuaian itu disiapkan dalam tempoh tertentu.
Pengubahsuaian skala besar (major)
RM 200.00 / fi
Pengubahsuaian skala kecil (minor)
RM 250.00 / deposit
(**
sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau perlanggaraan peraturan, caj akan
dikenakan melalui wang deposit tersebut.)
(3) Semua kerja pengubahsuaian dalam
petak hendaklah terhad kepada sempadan petak itu dan hendaklah tidak ada kerja
dilaksanakan atas mana-mana harta bersama.
(4) Buangan atau sampah sarap
pengubahsuaian hendaklah tidak dilupuskan oleh pemilik atau pekerjanya di
mana-mana ruang sampah atau sinki atau tadahan air atau mana-mana bahagian
harta bersama dan barang-barang itu perlu dikeluarkan dari bangunan oleh
pemilik atau pekerjanya melainkan jika ada kemudahan diperuntukkan dalam
kawasan pemajuan diluluskan oleh Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC untuk
tujuan ini.
(5) Pemilik hendaklah memastikan
apa-apa kerja pengubahsuaian atas petaknya hendaklah tidak dalam apa-apa cara
sekali pun menggugat atau melemahkan mana-mana anggota sokongan struktur,
termasuk dinding ricih atau struktur bawa beban dalam bangunan. Jika apa-apa
kerosakan diakibatkan kepada mana-mana komponen anggota struktur bangunan
akibat kerja pengubahsuaian itu, pemilik hendaklah atas kos sendiri serta-merta
membaiki dan memperbetulkan kerosakan itu bawah penyeliaan jurutera sivil dan
struktur yang kompeten yang dilantik oleh Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB
/ MC dan pemilik hendaklah menanggung semua kos berkaitan dengan itu.
(6) Pemilik hendaklah mengambil
tanggungjawab penuh untuk apa-apa kecacatan atau kerosakan kepada harta bersama
akibat kerja pengubahsuaian atau kerja pembaikan atas petaknya dan jika apa-apa
kerosakan terjadi pemilik hendaklah serta-merta atas kos sendiri, membaiki dan
memperbetulkan kerosakan itu pada kepuashatian pihak Pengurus Bangunan / Harta
Bersama JMB / MC.
(7) Pemilik hendaklah memastikan
langkah berjaga-jaga secukupnya diambil dari merosakkan pendawaian tersembunyi,
kabel, paip dan saluran semasa kerja pengubahsuaian atau kerja pembaikan atas
petaknya, dan apa-apa kerosakan akibat kerja pengubahsuaian atau kerja
pembaikan itu hendaklah serta-merta dibaiki dan diperbetulkan pada kepuashatian
pihak Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC dan mana-mana jurutera sivil
dan struktur yang kompeten yang dilantik oleh pihak Pengurus Bangunan / Harta
Bersama JMB / MC dan pemilik hendaklah menanggung semua kos berkaitan dengan
itu.
(8) Pemilik dan kontraktor tidak
dibenarkan mengambil air dan / atau bekalan elektrik dari kawasan Harta
Bersama.
(9) Masa pengubahsuaian :
9.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin –
Jumaat)
9.00 pagi hingga 1.00 t/hari (Sabtu**)
Ahad &
Cuti Umum adalah dilarang.
Nota:
**bermaksud menakik atau menggerudi atau kerja
melibatkan bunyi yang terlampau bising adalah TIDAK dibenarkan pada hari Sabtu.
Jika unit jiran mengadu bunyi terlalu bising; pihak pengurusan boleh
mengarahkan untuk kerja dihentikan.
40.
Sekatan terhadap kerja pengubahsuaian
(1) Melainkan kelulusan bertulis terdahulu telah diperolehi dari pihak berkuasa berkenaan dengan dan Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC, pemilik hendaklah tidak-
(a) menukar atau memasuhkan apa-apa struktur yang terdapat pada pelan lulus bangunan seperti memansuhkan laluan OKU (Orang Kurang Upaya) atau menambah sebarang struktur pada ruang
guna sama tanpa mendapat kebenaran
dari Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC dan pihak berkuasa tempatan.
(b) memindahkan mana-mana pintu atau tingkap dalaman petaknya;
(c) menanggal atau membuat perubahan kepada mana-mana ciri keselamatan petaknya dan tidak tertakluk kelulusan sedemikian, pemilik hendaklah menanggung rugi dan memastikan menanggung rugi Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC terhadap apa-apa liabiliti yang boleh timbul atau dialami akibat penanggalan sedemikian;
(d) menukar warna cat luaran bangunan daripada warna cat asal; atau
(e) mengalih mana-mana sistem penyaliran atau pembentungan dalam petak; atau
(f) menyambung atau menyalurkan bekalan elektrik secara tidak sah.
(2) Dalam melaksanakan apa-apa kerja
pengubahsuaian atau pembaikan atas petaknya, pemilik hendaklah tidak:
(a) melampaui beban lantai maksima yang dibenarkan; dan
(b) menanggal atau mengoyak mana-mana building joint sealant dalam petaknya atau mana-mana bahagian harta bersama;
(3) Pemilik hendaklah tidak menyalurkan
atau mengalih apa-apa paip atau saluran bekalan air atau elektrik dari harta
bersama melainkan kelulusan bertulis terdahulu diberikan oleh Pengurus Bangunan
/ Harta Bersama JMB / MC.
41.
Larangan lain
(1) Menetak, menggerudi dan memaku paku atau skru ke dalam dinding adalah dilarang sama sekali dalam jarak 300 mm kepada mana-mana saluran paip atau elektrik yang tertanam atau tersembunyi. Pemilik hendaklah memastikan semua kontraktor menggunakan bahan pengesan besi sebelum menetak atau menggerudi dinding, memaku paku atau skru ke dalam dinding. Pemilik hendaklah memastikan kontraktor memeriksa pelan siap bina bangunan dan lakaran yang disimpan dalam pejabat Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC.
(2) Pemilik tidak boleh menyebabkan
atau membenarkan mana-mana lekapan atau lengkapan atau pengubahsuaian atau
perubahan dilakukan kepada luaran petak sendiri yang boleh memberi kesan atau
melindungi atau mengubah rupa harta bersama atau mukaan bangunan atau
menceroboh atas mana-mana bahagian harta bersama tanpa kelulusan bertulis
terdahulu daripada Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC. Mukaan bangunan
hendaklah termasuk tingkap luar, beranda, teres, kawasan bersama, kawasan
terbuka dan semua bahagian bangunan yang dapat dilihat yang membentuk atau
menjadi sebahagian rupa luaran bangunan.
(3) Pemilik tidak boleh memasang
apa-apa antena alatan telekomunikasi atau antena televisyen/radio atau disk di
atas bumbung atas atau ke atas mana-mana lanjutan bangunan sebelum mendapatkan
kebenaran secara bertulis daripada Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC.
(4) Kecuali bagi kondenser penghawa
dingin yang telah siap dipasang, pemasangan kondenser penghawa dingin hendaklah
diletakkan dalam ruangan yang diperuntukkan yang diluluskan oleh Pengurus
Bangunan / Harta Bersama JMB / MC. Pemasangan apa-apa kondenser penghawa dingin
pada mana-mana kawasan luaran bangunan yang lain adalah DILARANG sama sekali. Semua paip terbuka hendaklah dipasang di
salur/saluran yang sesuai dan dicat menurut warna luaran mukaan bangunan.
Saluran keluar paip pelepasan hendaklah diletakkan di perangkap lantai yang
terdekat
yang disediakan di kawasan yang
diperuntukkan atau disambungkan kepada paip pelepasan bersama yang ditetapkan, mana-mana
yang berkenaan dengan Seseorang pemilik hendaklah memastikan kontraktornya
memasang semua unit penghawa dingin menurut spesifikasi piawaian dan penghawa
dingin itu tidak menyebabkan getaran, kegusaran atau ketidakselesaan kepada
penghuni lain. (Sila rujuk Bahagian 12)
BAHAGIAN 18 - KECACATAN KEPADA PETAK YANG MEMBERI KESAN KEPADA SOKONGAN DAN PERLINDUNGAN
42.
Kuasa Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC untuk mengambil tindakan
sebagai ejen bagi pemilik dalam perkara kecacatan kepada petak
Apabila-
(a) keadaan mana-mana petak dalam kawasan pemajuan memberi kesan atau boleh memberi kesan kepada penyokong atau perlindungan yang diberikan oleh petak berkenaan dengan kepada petak yang lain dalam bangunan yang sama atau harta bersama atau mengakibatkan atau boleh mengakibatkan kerosakan atau kemusnahan kepada petak lain atau harta lain dalam bangunan yang sama atau harta bersama; dan
(b) pemilik petak dalam keadaan tersebut telah cuai atau enggan dalam masa yang munasabah dengan dua pemberitahuan bertulis sekurang-kurangnya empat belas (14) hari bagi setiapnya daripada Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC untuk mengambil tindakan yang perlu untuk memulihkan keadaan itu;
Pengurus Bangunan / Harta Bersama
JMB / MC sebagai ejen bagi pemilik petak dalam keadaan itu boleh mengambil
tindakan dan prosiding yang perlu untuk membaiki keadaan itu dan Pengurus
Bangunan / Harta Bersama JMB / MC boleh mendapatkan semula kos dan perbelanjaan
bagi tindakan dan prosiding tersebut daripada pemilik petak dalam keadaan itu
sebagai hutang kepada Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC.
BAHAGIAN 19 – UMUM
43.
Umum
(1) Kuasa mutlak diberikan kepada
Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC untuk menguatkuasakan Peraturan
Dalaman melalui Mesyuarat Agung terbaru.
(2) Sebarang cadangan daripada pemilik
hendaklah secara bertulis, dengan jelas menyatakan nama, alamat, dan nombor
Pemilik untuk dihubungi. Sebarang cadangan yang tidak lengkap akan diketepikan.
(3) Semua notis, pelekat, surat dan
maklumat lain yang dihantar ke peti surat pemilik dianggap telah diserah kepada
pemilik.
BAHAGIAN 20 – PINDAAN KEPADA PERATURAN DALAMAN
44.
Pindaan kepada peraturan dalaman.
(1) Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC berhak untuk menambah
atau memadamkan atau meminda, mengubah, atau menukar mana-mana atau semua
Peraturan Dalaman yang terkandung dalamnya dari semasa ke semasa dan apabila
dianggap perlu.
BAHAGIAN 21 – KOLAM RENANG
45.
Kolam renang
(1) Kolam dibuka dari 9.00 pagi
hingga 9.00 malam setiap hari kecuali diberitahu sebaliknya.
(2) Kanak-kanak di bawah 12 tahun
perlu ditemani dan diawasi oleh ibubapa/penjaga.
(3) Pengguna wajib menggunakan air
pancuran sebelum dan selepas menggunakan kolam renang.
(4) Pakaian renang yang bersesuaian
seperti sut renang, pakaian renang Muslim dan kep renang perlu dipakai.
(5) Tidak dibenarkan berlari,
permainan bola, gurauan kasar atau sebarang aktiviti yang dianggap menyebabkan
bunyi yang terlampau bising atau yang boleh menganggu pengguna yang lain.
(6) Meludah, membuang najis besar /
kecil atau perbuatan tidak bersih yang lain adalah dilarang.
(7) Pakaian skuba, snorkel atau
pelampung besar tidak dibenarkan.
(8) Tidak dibenarkan menggunakan kolam
ketika hujan dan ribut petir.
(9) Merokok, membasuh, atau makan
tidak dibenarkan berhampiran atau dalam kawasan sekitar kolam.
(10) Mereka yang dijangkiti atau
menghidap sebarang penyakit berjangkit atau telah mengambil alkohol atau
sebarang bahan berbahaya tidak dibenarkan bermain, berada di sekitar atau
kawasan kolam atau menggunakan kolam.
(11) Radio, perakam pita, set
televisyen atau peralatan bunyi elektronik atau mekanikal yang lain tidak boleh
digunakan di dalam dan sekitar, kecuali dengan kebenaran bertulis daripada
pihak Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC.
(12)
Sebarang majlis tidak boleh dilakukan di kawasan sekitar kolam tanpa
kebenaran Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC.
(13) Sesiapa yang didapati melanggar
mana-mana peraturan dan undang-undang boleh diminta untuk meninggalkan kolam
atau boleh dikenakan fi tidak melebihi RM200.00.
(14) Oleh kerana tiada anggota
penyelamat disediakan, pemilik / penghuni / pelawat dinasihatkan mengambil
langkah keselamatan yang perlu apabila menggunakan kolam. Mengayuh basikal,
meluncur, bermain kasut roda dan aktiviti seumpamanya tidak dibenarkan dan
sebarang kejadian yang tidak diingini adalah dia atas tanggungjawab sendiri.
(15) Pihak Pengurus Bangunan / Harta
Bersama JMB / MC tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau
kerosakan terhadap harta persendirian yang ditinggalkan dalam bilik persalinan
atau dalam mana-mana bahagian begitu juga sekiranya berlaku kemalangan atau
kematian.
BAHAGIAN 22 – TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK
46.
Taman permainan kanak-kanak
(1) Taman permainan kanak-kanak
boleh digunakan dari 9.00 pagi hingga 9.00 malam pada setiap hari melainkan
dimaklumkan sebaliknya.
(2) Kanak-kanak di bawah 12 tahun
perlu ditemani dan di awasi oleh ibubapa / penjaga yang akan bertanggungjawab
ke atas tingkah laku dan keselamatan mereka.
(3) Merokok, makan atau minum adalah
tidak dibenarkan di kawasan taman permainan.
(4) Semua peralatan dalam taman
permainan tersebut tidak boleh dirosakkan, dialih dan diubah.
(5) Radio, perakam pita, set
televisyen atau peralatan bunyi elektronik atau mekanikal yang lain tidak boleh
digunakan dalam taman permainan kanak-kanak.
(6) Pihak Pengurus Bangunan / Harta
Bersama JMB / MC, wakil dan kakitangan tidak bertanggungjawab dalam apa sahaja
cara, terhadap sebarang kecederaan atau kematian kepada sesiapa dalam
menggunakan taman permainan dan/atau kawasan sekitarnya atau untuk sebarang
kerugian dan/atau kerosakan ke atas harta peribadi bagi sesiapa yang
menggunakan kemudahan.
BAHAGIAN 23 – DEWAN PELBAGAI GUNA
47.
Dewan pelbagai guna.
(1) Tempahan untuk penggunaan dewan
pelbagai guna mesti dibuat di Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC
sekurang-kurangnya satu (1) minggu lebih awal.
(2) Dewan boleh digunakan oleh
pemilik dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.
(3) Deposit sebanyak RM150.00 dan
sewa RM200.00 fi boleh di bayar kepada Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB /
MC. Deposit ini adalah untuk memastikan bahawa dewan ditinggalkan dalam keadaan
bersih dan memuaskan selepas digunakan. Deposit boleh dipulangkan sekiranya
tiada berlaku kerosakan atau kotor.
(4) Notis pembatalan perlu
dimaklumkan tiga (3) hari lebih awal, jika gagal boleh menyebabkan kehilangan
deposit sama sekali.
(5) Radio, perakam pita, set
televisyen atau peralatan bunyi elektronik atau mekanikal lain tidak boleh
digunakan tanpa kebenaran bertulis daripada Pengurus Bangunan / Harta Bersama
JMB /MC.
(6) Pengguna dewan tidak boleh
menggunakan / menghasilkan apa sahaja yang menyebabkan kekacauan atau gangguan
yang mungkin menganggu pemilk yang lain.
(7) Pengurus Bangunan / Harta
Bersama JMB /MC, wakil dan kakitangan tidak bertanggungjawab dalam apa sahaja
cara, terhadapa sebarang kecederaan atau kematian kepada sesiapa dalam
menggunakan dewan pelbagai guna atau kawasan sekitarnya atau sebarang kerugian
atau kerosakan ke atas harta peribadi bagi sesiapa yang menggunakan kemudahan
ini.
BAHAGIAN 24 – GELANGGANG BADMINTON / BOLA KERANJANG
48.
Gelanggang badminton / bola keranjang
(1) Gelanggang badminton / bola
keranjang dibuka 9.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari melainkan dimaklumkan
sebaliknya.
BAHAGIAN 25 – PERLANGGARAN PERATURAN
49.
Perlanggaran peraturan.
(1) Mana-mana pemilik / tetamu /
kontraktor yang melanggar sebarang peraturan dan undang-undang mengawal
penggunaan kemudahan rekreasi diminta untuk meninggalkan kawasan dan fi boleh
dikenakan disamping gantirugi ke atas sebarang kos dan perbelanjaan yang mungkin
dilevi jika pihak Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC menjumpai sebarang
kerosakan atau laku musnah terhadap peralatan, bahagian luar Harta Bersama dan
kawasannya.
(2) Pengurus Bangunan / Harta
Bersama JMB / MC boleh melarang mana-mana pemilik / pelawat / kontraktor
daripada menggunakan kemudahan rekreasi jika berlaku perlanggaran keras atau
berulang.
(3) Kegagalan membayar perkhidmatan,
penyelenggaraan dan sebarang bayaran lain atau yuran boleh juga menyebabkan
penggantungan pemilik/tetamu atau kontraktor daripada menggunakan kemudahan
rekreasi.
BAHAGIAN 26 – PENAFIAN
50.
Penafian
(1) Pengurus Bangunan / Harta
Bersama JMB / MC tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk sebarang kecurian,
kerugian, kecederaan dan / atau kematian disebabkan oleh penggunaan kemudahan
rekreasi atau sebarang kemudahan lain dalam kawasan Harta Bersama.
BAHAGIAN 27 – KEBOCORAN ANTARA TINGKAT
51.
Kebocoran antara tingkat
(1) Pemilik yang mengalami kebocoran
antara tingkat perlu membuat aduan di pejabat Pengurus Bangunan / Harta Bersama
JMB / MC. Pemilik yang mempunyai kontraktor untuk membaikpulih kebocoran antara
tingkat boleh meneruskan kerja tersebut tanpa melibatkan SOP dari pihak
Pengurus Bangunan / Harta Bersama JMB / MC.
(2) Kegagalan pihak bertanggungjawab
melaksanakan baik pulih kebocoran tersebut, pihak Pengurus Bangunan / Harta
Bersama JMB / MC akan memberi notis bertulis melalui Borang 28 dalam tempoh
tujuh (7) hari.
(3) Pemilik perlu berunding antara tingkat
petak melalui maklumat yang diperolehi dari Pengurus Bangunan / Harta Bersama
JMB / MC.
(4) Pemilik yang bertanggungjawab
atas punca kebocoran perlu menanggung kos perbelanjaan membaik pulih kebocoran
tersebut.
Comments
Post a Comment