Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

TUNGGAKAN CAJ PENYENGGARAAN

SOALAN LAZIM 1. Apakah tindakan yang boleh di ambil oleh pihak JMB sekiranya pembeli tidak membayar caj penyenggaraan? JMB boleh menyampaikan suatu notis bertulis kepada pembeli atau pemunya petak yang menuntut pembayaran jumlah wang yang kena di bayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh penyampaian notis. Jika masih tidak dibayar, JMB boleh memfailkan saman atau tuntutan dalam Mahkamah atau dihadapan Tribunal Pengurusan Strata. (Seksyen 34 Akta 757) JMB juga boleh membuat permohonan bersumpah secara bertulis kepada pihak COB untuk mendapatkan suatu waran penahanan yang memberi kuasa bagi penahanan apa-apa harta alih yang di punyai oleh pemunya petak ingkar. (Seksyen 35 Akta 757) 2. Bilakah pihak Pesuruhjaya Bangunan boleh mengambil tindakan menyita harta alih pembeli yang gagal membayar caj penyenggaraan? Proses tindakan menyita harta alih ke atas pembeli yang gagal menjelaskan caj penyenggaraan boleh di ambil setelah pihak COB mengeluarkan waran penahanan me

THAIPUSAM

CUTI AM Sempena sambutan Thaipusam, pejabat Pengurusan JMB Damai akan di  TUTUP satu hari pada hari ISNIN (25 JANUARI 2016) . Pejabat akan beroperasi seperti biasa pada hari berikutnya.

AKTA PENGURUSAN STRATA (AKTA 757)

AKTA PENGURUSAN STRATA (AKTA 757) Dewan Negara bersetuju meluluskan cadangan pemansuhan Akta Bangunan Dan Harta Bersama 2007 (Akta 663) . Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) telah mendapat perkenan dan diluluskan yang DiPertuan Agung pada 5 Februari 2013 dan digazetkan pada 8 Februari 2013. Kerajaan telah meluluskan Akta 757 yang akan berkuatkuasa pada tahun 2015 menggantikan Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) dan Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) dengan elemen penambahbaikan terhadap kelemahan yang terdapat di dalam kedua-dua Akta tersebut. Dengan kuatkuasa Akta 757 diharap dapat meminimumkan permasalahan yang berlaku terhadap perlaksanaan Akta sedia ada. Antara penambahbaikan yang dibuat : BIL ELEMEN AKTA 663 (2007) AKTA 757 (2013) 1. Rujukan kepada satu akta sahaja (2 akta) / 2. Undang-undang yang komprehensif (46 sek.) (153 sek.) 3. Jadual Petak difailkan kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) sebelum kebenaran jua

Bayaran

Bayaran Untuk memudahkan segala bayaran seperti bayaran penyelenggaraan , insurans kebakaran , cukai tanah dan sewaan lot pejabat/kedai boleh dilakukan melalui pindahan wang secara atas talian menggunakan akaun seperti berikut:- Bank : RHB Bank No. Akaun : 21220000061248 Pemegang Akaun : JMB Pangsapuri Damai Setelah pindahan berjaya, sila emailkan bukti pembayaran, nombor unit kediaman, serta tujuan pembayaran kepada kami untuk memudahkan kami melakukan semakan, mengemaskini akaun dan mengeluarkan resit untuk anda.

PELEKAT KERETA DAN MOTOR

PELEKAT KERETA DAN MOTOR Pelekat kereta dan motosikal bagi 2016 boleh dibeli di pejabat pengurusan JMB. Harga bagi stiker tersebut adalah seperti berikut:- Kereta : RM10/pc (max 2 stiker setiap unit) Motor : RM5/pc (max 3 sticker setiap unit) Diminta anda menukar kepada pelekat yang baru bagi mengelak kesukaran keluar dan masuk kawasan Pangsapuri Damai. left: motorcycle, right : car