Skip to main content

TUNGGAKAN CAJ PENYENGGARAAN



SOALAN LAZIM

1. Apakah tindakan yang boleh di ambil oleh pihak JMB sekiranya pembeli tidak membayar caj penyenggaraan?

JMB boleh menyampaikan suatu notis bertulis kepada pembeli atau pemunya petak yang menuntut pembayaran jumlah wang yang kena di bayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh penyampaian notis. Jika masih tidak dibayar, JMB boleh memfailkan saman atau tuntutan dalam Mahkamah atau dihadapan Tribunal Pengurusan Strata.
(Seksyen 34 Akta 757)

JMB juga boleh membuat permohonan bersumpah secara bertulis kepada pihak COB untuk mendapatkan suatu waran penahanan yang memberi kuasa bagi penahanan apa-apa harta alih yang di punyai oleh pemunya petak ingkar.
(Seksyen 35 Akta 757)

2. Bilakah pihak Pesuruhjaya Bangunan boleh mengambil tindakan menyita harta alih pembeli yang gagal membayar caj penyenggaraan?

Proses tindakan menyita harta alih ke atas pembeli yang gagal menjelaskan caj penyenggaraan boleh di ambil setelah pihak COB mengeluarkan waran penahanan melalui Borang A (Jadual Ketiga Seksyen 35 Akta 757). Walau bagaimanapun, tindakan ini hanya boleh diambil apabila pihak JMB telah memfailkan saman atau tuntutan dalam Mahkamah atau di hadapan Tribunal Pengurusan Strata.

3. Bolehkah pihak MC memotong meter air bagi mana-mana pembeli yang tidak menjelaskan tunggakan caj penyenggaraan?

Tidak boleh. Sila rujuk kes mahkamah John Denis De Silva vs Cresent Court Management (2006) 2 CLJ 605 (S6-24-2340-2004)


Comments

Popular posts from this blog

MAKLUM BALAS PERMOHONAN PETI SURAT DAN RONDAAN POLIS

SURAT JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG KALI KE-EMPAT (4) SESI 2017/2018

***NOTA: SURAT JEMPUTAN, DAN NOTIS AGM TELAH DI HANTAR KE UNIT/ALAMAT MASING-MASING MENGIKUT MAKLUMAT YANG DIBERIKAN PEMILIK KEPADA PIHAK PENGURUSAN JMB DAMAI.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM)

JEMPUTAN AGM Dimaklumkan segala surat jemputan dan notis akan dihantar melalui pos mengikut alamat yang telah di daftarkan oleh pemilik di dalam sistem kami. Mohon pemilik yang berkelayakan untuk meluangkan masa menghadirkan diri bagi mengikuti AGM kali ke-3 yang akan di berlangsung seperti berikut:- NOTIS AGM LAMPIRAN 1: MINIT MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA (EGM) SESI 2016/2017 LAMPIRAN 2 : MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SESI 2014/2015 LAMPIRAN 3: LAPORAN KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 30/09/2015