Skip to main content

PEKELILING BIL 001/16



Management Office, Ground Floor, Block D1, Pangsapuri Damai, Jalan Tasik Raja Lumu U4/17, Taman Subang Delima,
Seksyen U4, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.  Tel/Fax No. 03-78400171, Email: jmbpangsapuridamai@gmail.com
Home page:  www.jmbpangsapuridamai.com

Ruj. Kami : JMBPPD/PKK/001/2502
Tarikh: 26 Februari 2016

Semua Pemilik/Penghuni/Kuarters LGM
Blok D1, D2 dan D3
Pangsapuri Damai

(Salinan kepada LGM / COB / KPKT)

Tuan /Puan,

SURAT PEKELILING BILANGAN 001 TAHUN 2016:
PERIHAL MELIBATKAN UPACARA KEAGAMAAN DI PANGSAPURI DAMAI
________________________________________________________________________________

Dengan hormatnya  merujuk kepada perkara di atas.

2.     Untuk makluman setelah perbincangan di lakukan, pihak JMB Pangsapuri Damai telah bersetuju untuk memberi penempatan sementara bagi apa-apa upacara keagamaan agar di tempatkan di belakang bilik Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhampiran setiap blok Pangsapuri Damai. Sekiranya penghuni ingin mengadakan upacara seperti kenduri, pihak JMB Pangsapuri Damai membenarkan penggunaan dewan bagi tujuan tersebut. Tetamu yang hadir bagi upacara tersebut, hendaklah mendapatkan lot parkir yang dikhaskan untuk pelawat (sekiranya masih ada) atau parkir di luar kawasan Pangsapuri Damai sekiranya perlu.

3.     Pihak JMB Pangsapuri Damai memohon kerjasama dari semua pihak agar memaklumkan pihak pengurusan JMB Pangsapuri Damai mengenai upacara berkaitan bagi mengelakkan sebarang masalah. Lokasi penempatan ini hanyalah penempatan sementara sehingga Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di laksanakan tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, ianya tertakluk pada Undang –undang Dalaman (House Rules) Pangsapuri Damai.


4.     Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah di hargai dan di ucapkan ribuan terima kasih.



Sekian, terima kasih.




JMB PANGSAPURI DAMAI (0187)



Comments

Popular posts from this blog

MAKLUM BALAS PERMOHONAN PETI SURAT DAN RONDAAN POLIS

SURAT JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG KALI KE-EMPAT (4) SESI 2017/2018

***NOTA: SURAT JEMPUTAN, DAN NOTIS AGM TELAH DI HANTAR KE UNIT/ALAMAT MASING-MASING MENGIKUT MAKLUMAT YANG DIBERIKAN PEMILIK KEPADA PIHAK PENGURUSAN JMB DAMAI.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM)

JEMPUTAN AGM Dimaklumkan segala surat jemputan dan notis akan dihantar melalui pos mengikut alamat yang telah di daftarkan oleh pemilik di dalam sistem kami. Mohon pemilik yang berkelayakan untuk meluangkan masa menghadirkan diri bagi mengikuti AGM kali ke-3 yang akan di berlangsung seperti berikut:- NOTIS AGM LAMPIRAN 1: MINIT MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA (EGM) SESI 2016/2017 LAMPIRAN 2 : MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SESI 2014/2015 LAMPIRAN 3: LAPORAN KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 30/09/2015