Kepada: SEMUA PEMBELI / PEMILIK Tarikh : 12 April 2016 NOTIS ADALAH DENGAN INI DIBERI BAHAWA Mesyuarat Agung Tahunan ke 2 bagi semua pemilik dalam Pangsapuri Damai di panggil di bawah perenggan 10 (1) Jadual Kedua Akta Pengurusan Strata 2013, akan diadakan di Dewan Serbaguna Tingkat Bawah Blok D1 Pangsapuri Damai, pada 30hb April 2016, jam 9.00 pagi bagi tujuan berikut: AGENDA (a) Untuk melantik Pengerusi sementara untuk mengendalikan Mesyuarat Agung. (b) Untuk menentukan bilangan anggota jawatankuasa pengurusan bersama dan untuk memilih anggota jawatankuasa pengurusan bersama. (c) Untuk menimbangkan belanjawan tahunan yang disediakan oleh JMB . (d) Pembentangan dan pengesahan penyata kewangan bermula pada 1/10/2014 dan berakhir pada 30/9/2015. (e) Untuk mengesahkan pengambil alihan insurans / kontraktor yang di ambil oleh JMB di bawah Akta 757.