Skip to main content

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE (2) JMB PANGSAPURI DAMAI






Kepada:

SEMUA PEMBELI / PEMILIK                                    Tarikh: 12 April 2016

NOTIS ADALAH DENGAN INI DIBERI BAHAWA Mesyuarat Agung Tahunan ke 2 bagi semua pemilik dalam Pangsapuri Damai di panggil di bawah perenggan 10 (1) Jadual Kedua Akta Pengurusan Strata 2013, akan diadakan di Dewan Serbaguna Tingkat Bawah Blok D1 Pangsapuri Damai, pada 30hb April 2016, jam 9.00 pagi bagi tujuan berikut:

AGENDA
(a)  Untuk melantik Pengerusi sementara untuk mengendalikan Mesyuarat
      Agung.

(b)  Untuk menentukan bilangan anggota jawatankuasa pengurusan bersama
      dan untuk memilih anggota jawatankuasa pengurusan bersama.

(c)  Untuk menimbangkan belanjawan tahunan yang disediakan oleh JMB.

(d)  Pembentangan dan pengesahan penyata kewangan bermula pada
      1/10/2014 dan berakhir pada 30/9/2015.

(e)  Untuk mengesahkan pengambil alihan insurans / kontraktor yang di ambil
       oleh JMB di bawah Akta 757.

(f)   Untuk melantik seorang juruaudit yang diluluskan untuk menjalankan audit
       ke  atas akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas badan  
       pengurusan bersama, bagi tempoh yang ditetapkan oleh mesyuarat agung
       ini.

(g)  Untuk menimbangkan apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan
      penyenggaraan.


NOTA :

1. Separuh daripada pembeli yang berhak untuk mengundi yang hadir, sama ada sendiri atau secara proksi, hendaklah membentuk suatu kuorum dalam sesuatu mesyuarat agung. Jika dalam masa setengah jam selepas masa yang ditetapkan bagi suatu mesyuarat agung suatu kuorum tidak hadir, pembeli yang berhak untuk mengundi yang hadir hendaklah membentuk suatu kuorum.

2.  Apa-apa perkara yang menghendaki suatu keputusan dalam suatu mesyuarat agung hendaklah di putuskan secara mengangkat tangan melainkan jika suatu pengundian dituntut oleh seorang pembeli atau proksinya.

3.  Setiap pembeli (yang bukan merupakan pembeli bersama) hendaklah mempunyai satu undi berkenaan dengan setiap petak secara mengangkat tangan, dan dalam satu pengundian, hendaklah mempunyai bilangan undi yang bersamaan dengan bilangan unit syer yang diumpukkan kapada petaknya.

4. Seorang pembeli tidak berhak untuk mengundi jika, pada hari yang ketujuh sebelum tarikh mesyuarat, semua atau mana-mana caj atau caruman kepada kumpulan wang perjelas atau mana-mana wang lain yang terhutang dan kena dibayar berkenaan dengan petaknya adalah tertunggak.

5.  Pembeli bersama boleh mengundi dengan suatu cara proksi yang dilantik bersama atau melantik salah seorang daripada mereka atau mana-mana orang lain. Semasa ketiadaan proksi, pembeli bersama tidak berhak untuk mengundi secara mengangkat tangan, kecuali jika suatu ketetapan sebulat suara dikehendaki, dengan syarat bahawa mana-mana seorang pembeli bersama boleh menuntut suatu penggundian. Pada suatu pengundian, setiap pembeli bersama adalah berhak bagi apa-apa bilangan undi yang di umpukkan kepada petak yang berkadaran dengan kepentingannya dalam petak.

6. Seorang proksi adalah berhak untuk mengundi secara mengangkat tangan atau secara pengundian.

7. Seorang proksi tidak perlu merupakan seorang pembeli. Seseorang boleh bertindak sebagai proksi hanya bagi seorang pembeli pada mana-mana satu mesyuarat agung.

8. Suatu surat cara yang melantik seorang proksi hendaklah secara bertulis yang ditandatangani oleh pembeli yang melantik proksi ialah suatu syarikat, pertubuhan, badan berkanun atau mana-mana badan lain, perlantikan proksi hendaklah dimeterai atau ditandatangani oleh seorang pegawai atau wakilnya yang diberi kuasa dengan sewajarnya.

9. Seorang pembeli boleh menggunakan borang proksi yang dilampirkan, jika sesuai. Surat cara yang melantik seorang proksi hendaklah disimpan di alamat pejabat pengurusan JMB yang dinyatakan dalam notis mesyuarat ini tidak kurang daripada empat puluh lapan jam sebelum masa untuk mengadakan mesyuarat atau apa-apa penanguhan mesyuarat.

Sila ambil maklum bahawa tempoh berakhir bagi bayaran yang dikira adalah sehingga  30 Mac 2016 bagi melayakkan mana-mana pemilik untuk terlibat di dalam pengundian dan pemilihan jawatankuasa dan sila jelaskan bayaran penyelenggaraan sebelum atau pada 23 April 2016 (Sabtu).

Dilampirkan bersama-sama dengan notis ini dokumen-dokumen berikut:-
     a)      Borang Perlantikan Proksi Pautan borang
     b)      Borang  Usul Pautan borang

*PERHATIAN*

 BAGI YANG LAYAK MENGUNDI DIGALAKKAN MEMBUAT PENDAFTARAN SEBELUM 30/04/2016

Comments

Popular posts from this blog

MAKLUM BALAS PERMOHONAN PETI SURAT DAN RONDAAN POLIS

SURAT JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG KALI KE-EMPAT (4) SESI 2017/2018

***NOTA: SURAT JEMPUTAN, DAN NOTIS AGM TELAH DI HANTAR KE UNIT/ALAMAT MASING-MASING MENGIKUT MAKLUMAT YANG DIBERIKAN PEMILIK KEPADA PIHAK PENGURUSAN JMB DAMAI.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM)

JEMPUTAN AGM Dimaklumkan segala surat jemputan dan notis akan dihantar melalui pos mengikut alamat yang telah di daftarkan oleh pemilik di dalam sistem kami. Mohon pemilik yang berkelayakan untuk meluangkan masa menghadirkan diri bagi mengikuti AGM kali ke-3 yang akan di berlangsung seperti berikut:- NOTIS AGM LAMPIRAN 1: MINIT MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA (EGM) SESI 2016/2017 LAMPIRAN 2 : MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SESI 2014/2015 LAMPIRAN 3: LAPORAN KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 30/09/2015