Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

PEKELILING BIL 001/16

Management Office, Ground Floor, Block D1, Pangsapuri Damai, Jalan Tasik Raja Lumu U4/17, Taman Subang Delima, Seksyen U4, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.  Tel/Fax No. 03-78400171, Email: jmbpangsapuridamai@gmail.com Home page:  www.jmbpangsapuridamai.com Ruj. Kami : JMBPPD/PKK/001/2502 Tarikh: 26 Februari 2016 Semua Pemilik/Penghuni/Kuarters LGM Blok D1, D2 dan D3 Pangsapuri Damai (Salinan kepada LGM / COB / KPKT) Tuan /Puan, SURAT PEKELILING BILANGAN 001 TAHUN 2016: PERIHAL MELIBATKAN UPACARA KEAGAMAAN DI PANGSAPURI DAMAI ________________________________________________________________________________ Dengan hormatnya  merujuk kepada perkara di atas. 2.     Untuk makluman setelah perbincangan di lakukan, pihak JMB Pangsapuri Damai telah bersetuju untuk memberi penempatan sementara bagi apa-apa upacara keagamaan agar di tempatkan di belakang bilik Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhampiran setiap blok Pangsapuri Damai. Sekirany

CUTI AM

Sempena sambutan Tahun Baru Cina, pejabat pengurusan JMB Damai akan ditutup selama dua (2) hari bermula 08 Februari 2016 (Isnin) hingga 09 Februari 2016 (Selasa) . Pejabat akan beroperasi seperti biasa pada hari berikutnya 10 Februari 2016 (Rabu).

PENGURUSAN STRATA

1. Apa itu skim strata? Skim strata merupakan suatu pembangunan hartanah yang membahagikan bangunan atau tanah kepada petak-petak, petak aksesori dan harta bersama serta telah di tetapkan sistem pengurusan bagi skim tersebut. Contohnya rumah pangsa, komdominium, townhouse, rumah kedai, pejabat, SOHO, kompleks perniagaan dan rumah-rumah dalam skim komuniti berpagar. 2. Apakah pengurusan strata? Pengurusan strata merupakan pengurusan dan penyenggaraan bangunan berstrata dan harta bersama di dalam suata skim strata. 3. Apakah petak? Petak merupakan unit individu di suatu skim pemajuan yang di pegang di bawah hak milik strata berasingan. Petak tanah pula merupakan unit individu petak-petak tanah. 4. Apakah petak aksesori?  Petak aksesori merupakan petak aksesori yang digunakan bersama dan eksklusif bagi petak tersebut. Contohnya, suatu lot parkir bagi satu unit rumah. Petak aksesori ini juga tidak didaftarkan sebagai satu hakmilik strata yang berasingan. Dengan itu ia t6ida